Para pembaca yang dihormati, 3 faktor utama yang mengakibatkan masalah perjalanan darah ialah merokok, tekanan darah tinggi dan kandungan kolesterol tinggi. Obesiti boleh membawa kepada 2 faktor terakhir tadi.
Semakin kita meningkat umur, golongan bukan ‘obese’ pun ada kemungkinan menghadapi risiko ini. Namun diet yang berkesan mampu mengurangkan risiko ini.
Banyak kajian oleh pakar telah menunjukkan bahawa lemak atau ‘fats’ yang diambil berlebihan akan membawa kepada masalah ini. Lemak tepu atau ‘saturated fats’ terdapat di dalam cheese, butter, ice cream, cokelat dan faktor utama kepada ‘obese’ ialah mengambil gula berlebihan.
Lemak dari ‘oily fish’ seperti sardine, herring, tuna, trout, dan salmon mungkin boleh menghalang ‘blood clots’. Terdapat kajian mengatakan bawang merah dan putih dan chillies boleh bertindak mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol.
Makanan yang digalakkan:
Oily fish
Cereal, roti dan pasta
Buah-buahan dan sayuran
Bawang merah dan putih
Vitamin E dikatakan dapat membantu perjalanan darah yang lancar seperti yang terdapat di dalam ‘avocado’ dan ‘wheat germ’.