Sunday, April 8, 2007

Keadaan Emosi Selepas Bersalin (post partum)

Ini adalah Halaman Web Terbaik untuk info/tip/petua kesihatan Percuma!
Sila gunakan alamat http://www.petua-kesihatan.blogspot.com/ untuk memberitahu mengenai laman web ini kepada kawan-kawan anda.
Keadaan ini biasa berlaku dan yang lebih serius ialah keadaan ‘post-partum’ depression. Antara punca yang dikaji oleh pakar ialah perubahan hormon yang mendadak selepas melahirkan anak. Ia boleh mengubah ‘mood’ yang gembira kepada sedih dan ‘depressed’ atau tekanan perasaan. Adakalanya boleh sampai menyebabkan ibu-ibu ini menangis. Mungkin juga disebabkan kehilangan perasaan teruja keranan saat dinantikan iaitu kelahiran anak telah pun berakhir.

Ada juga pakar yang mengatakan kekurangan keyakinan diri mengisi peranan sebagai seorang ibu juga boleh menjadi faktor terjadinya kejadian ini. Kepayahan menjaga bayi yang baru lahir juga boleh menyebabkan keadaan ini berlaku.

Banyak juga faktor-faktor lain seperti stress (kewangan, fizikal, sosial, dsb.) Ada juga disebabkan faktor sejarah keluarga yang mengalami ‘mood disorder’ seperti tekanan perasaan, gemuruh dan ‘panic attack’.

Banyak buku-buku rujukan kesihatan yang menyatakan terdapat 4 keadaan emosi bergolak kepada diri para ibu ketika setahun selepas melahirkan anak. Ia adalah topik yang panjang tetapi boleh dikategorikan seperti berikut :

(Dalam bahasa Inggeris)
- Anxiety & Panic
- OCD (Obsessive Compulsive Disorder)
- Post Partum Depression
- Post Traumatic Stress Disorder


Yang paling serius ialah Post Partum Psychosis (hanya berlaku mungkin 1 di dalam 1000 ibu lepas bersalin).

Tip (sebagai bahan bacaan kita bersama)

- perkara pertama ialah sila rujuk kepada doktor pakar anda.
- Makan makanan yang berzat
- Bersenam selalu (berjalan dsb.)
- Rehat yang cukup
- Tidur yang sempurna
- Kaunseling – melibatkan seluruh ahli keluarga (kerana masalah ini akan melibatkan mereka juga)
- Terapi
- Bagi kes psikosis ada baiknya berjumpa dengan pakar psikiatri yang terdapat di negara ini. Janagan merasa rendah diri kerana di negara maju berjumpa dengan pakar ini adalah lumrah dan mereka adalah sebenarnya doktor yang terlatih dan mahir. Bergai jenis ubatan khusus juga telah dimajukan yang boleh membantu.