Ini adalah Halaman Web Terbaik untuk info/tip/petua kesihatan Percuma!
Adakalanya diri kita ditimpa kemalangan kecil seperti disengat oleh lebah atau penyengat. Biasanya berlaku apabila kita tidak menyedari bahawa terdapat sarang lebah yang berada di atas pokok berhampiran kita. Biasa juga berlaku apabila kita mula menggoncang atau tergoncang dahan pokok tersebut….hmmm adakalanya apabila ingin memetik buah mempelam kan……
Semasa saya kecil dan ligat memanjat pokok mempelam adakalanya disengat sang lebah. Apa yang dinasihati oleh orang tua-tua ialah ambil sebiji asam jawa. Basuhkannya dengan bersih dan belah dua (ini agak sukar sikit tetapi boleh dilakukan). Tekapkan dengan kuat asam jawa tadi pada tempat kita disengat sampai ia melekat. Biarkan seketika dan biasanya bias tersebut akan disedut keluar oleh biji asam jawa tadi.
Namun jika disengat dengan teruk sekali dan di banyak tempat eloklah pergi melawat doktor agar dapat diubati.