Ini adalah Halaman Web Terbaik untuk info/tip/petua kesihatan Percuma!
Para doktor ada menasihatkan bahawa biasanya kita boleh merawat sendiri kelecuran ‘first degree’ dan ‘second degree’. Namun kelecuran ‘third degree’ perlu rawatan segera dari doktor. Cara yang biasanya dinasihati para doktor untuk mengetahui jenis apakah kesan lecuran akibat terbakar tersebut :
Terbakar/melecur ‘First degree’ -
seperti terkena pancaran matahari (merah dan sakit)
Terbakar/melecur ‘ Second degree’ -
Seperti terkena pancaran matahari yang amat sangat atau terkena bahan panas di dapur dan terasa sakitnya.
Terbakar/melecur ‘Third degree’ -
Bewarna putih & creamy. Mungkin disebabkan bahan kimia, elektrik atau pendedahan berterusan dengan permukaan yang panas. Biasanya tidak sakit kerana sel-sel saraf telah pun musnah tetapi mesti dibawa berjumpa dengan doktor.
Tip Panduan
1. Jangan gunakan mentega, cuka ataupun madu untuk merawat luka kerana makanan yang diletakkan di atas kesan melecur tadi akan menyimpan haba lebih lama & menyebabkan kesan lecuran lebih teruk.
2. Tutupi luka setelah kurang panasnya & dicuci dengan membalutinya dengan kain kering & bersih (seeloknya ‘gauze pad’)
3. Biarkan gelembung kulit dengan sendirinya. Ia adalah ‘bandage’ asli terbaik. Jika pecah, cucinya dengan sabun & air dan kemudian letakkan sedikit krim antibiotic dan tutupkannya.