Thursday, April 12, 2007

Demam Campak

Ini adalah Halaman Web Terbaik untuk info/tip/petua kesihatan Percuma! Anda boleh gunakan alamat ini http://www.petua-kesihatan.blogspot.com/ untuk dihantar kepada seramai mungkin rakan anda untuk berkongsi bersama laman web ini.

Demam Campak
Saya sendiri terkena penyakit ini 3 tahun lepas. Ingatkan sudah terkena semasa kecil namun mungkin jenis yang lain. Apapun penyakit ini amat mudah berjangkit dan biasanya terkena kepada kanak-kanak. Biasanya terjadi sekali sahaja dan pesakit seeloknya dikuarantinkan dan tidak digalakkan berjumpa orang ramai.

Ia berkait rapat dengan demam dan biasanya terasa kurang selesa di kerongkong. Biji-biji akan mula keluar dan saya masih ingat muka saya hampir tidak dikenali akibat terlalu banyak bintik yang timbul.

Peluh akan berbau hanyir, suara serak, badan sengal-sengal, mata merah dan bengkak di muka serta sakit kepala. Mungkin juga berlaku sembelit pada kanak-kanak.

Daun pokok semambu memang sering digunakan untuk menghilangkan rasa gatal-gatal di badan. Gatalnya terasa amat sangat namun jangan digaru kerana akan meninggalkan kesan parut hitam pada kulit kita nanti terutamanya di muka. Daun pokok tadi hendaklah direndam di dalam air suam dan disiram pada badan pesakit. Elok juga meminum air kelapa muda untuk mengeluarkan semua campak di badan.

Daun asam jawa juga boleh ditumbuk lumat-lumat dan dicampur dengan bedak sejuk dan disapukan di kesemua bahagian badan agar kulit tidak menjadi keras dan hitam.

Pantangnya ialah jangan berhujan dan mandi air masin untuk beberapa bulan agar badan tidak terasa gatal-gatal.