Thursday, April 12, 2007

Petua Syampoo & Kulit Pisang

Ini adalah Halaman Web Terbaik untuk info/tip/petua kesihatan Percuma! Anda boleh gunakan alamat ini http://www.petua-kesihatan.blogspot.com/ untuk dihantar kepada seramai mungkin rakan anda untuk berkongsi bersama.

Petua Syampoo

Agak pelik juga apabila kebanyakan petua lama mahupun yang baru diilhamkan daripada benda-benda yang mudah didapati di sekeliling kita. Yang pastinya kebanyakan benda-benda ini mempunyai berbagai fungsi yang jarang terfikir oleh kita yang sentiasa sibuk.

Saya sering menggunakan syampoo biasa (kalau boleh janganlah yang jenis mahal sangat…) untuk ditaburkan di atas lantai bilik air saya. Biarkan kalau boleh semalaman (jika tidak pun seketika) dan kemudian basuhlah lantai bilir air anda (ala kadar pun tidak mengapa). Bau bilik air anda akan wangi untuk tempoh yang agak lama tanpa menggunakan bahan kimia yang terlalu kuat.

Kulit Pisang

Baru semalam saya menonton tv dan satu idea yang boleh membantu anda untuk mengilatkan daun-daun pokok yang suram, berhabuk dan tak bermaya. Ambil kulit pisang yang ingin dibuang. Gunakan bahagian dalamnya yang licin untuk mengesat bahagian luar daun-daun pokok anda. Ia akan kilat serta-merta dan tampak bersih dan bermaya.

Untuk pengetahuan anda juga, saya pernah dinasihati oleh seorang yang pakar dalam kesihatan bahawa pisang salai sangat elok dibawa sebagai bekal untuk camping/jungle trekking. Kunyahlah ia jika terasa lapar semasa berjalan di dalam hutan kera ia membekalkan kibohidrat yang penting untuk tenaga semasa berjalan tersebut.