Ini adalah Halaman Web Terbaik untuk info/tip/petua kesihatan Percuma! Anda boleh gunakan alamat ini http://www.petua-kesihatan.blogspot.com/ untuk dihantar kepada seramai mungkin rakan anda untuk berkongsi bersama laman web ini.
Ramai antara kita yang sering terdengar cerita mengenai masalah tekanan perasaan ibu yang baru melahirkan anak. Pernah sekali saya terbaca di surat khabar Kosmo muka hadapan bahawa seorang ibu merana bertahun lamanya kerana masalah ini dan terpaksa tidur di luar rumah di atas pangkin di mana bara arang kayu diletakkan di bawahnya.
Mengikut buku yang ditulis oleh seorang tokoh agama terkenal. Apabila seorang ibu melahirkan anaknya maka ruang di dalam perutnya menjadi kosong. Ia mungkin akan dipenuhi oleh angin dan bercampur dengan gas darah dan akan menjadi keras. Inilah yang dinamakan batu meriyan. Inilah yang biasanya kita lihat petua orang tua bertungku dengan daun mengkudu iaitu untuk menghancurkan batu merian ini. Kena diingati bahawa urat-urat badan wanita ini juga perlu dipulihkan.
Jika lambat melakukan usaha ini ada kemungkinan angin tersebut naik ke kepala dan akibatnya ialah wanita ini akan mengalami masalah pening kepala yang dinamakan merian.
Tandanya ialah:
- pertukaran perlakuan
- terkomat-kamit seolah membaca sesuatu
- ada juga ketawa, marah, bercakap keseorangan
- tidak perdulikan keluarga
- perubahan tabiat asal
Khasiat yang terkandung di dalam herba pegaga dapat membantu melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan.