Sunday, April 8, 2007

Petua Biji Asam Jawa

Ini adalah Halaman Web Terbaik untuk info/tip/petua kesihatan Percuma!
Adakalanya diri kita ditimpa kemalangan kecil seperti disengat oleh lebah atau penyengat. Biasanya berlaku apabila kita tidak menyedari bahawa terdapat sarang lebah yang berada di atas pokok berhampiran kita. Biasa juga berlaku apabila kita mula menggoncang atau tergoncang dahan pokok tersebut….hmmm adakalanya apabila ingin memetik buah mempelam kan……

Semasa saya kecil dan ligat memanjat pokok mempelam adakalanya disengat sang lebah. Apa yang dinasihati oleh orang tua-tua ialah ambil sebiji asam jawa. Basuhkannya dengan bersih dan belah dua (ini agak sukar sikit tetapi boleh dilakukan). Tekapkan dengan kuat asam jawa tadi pada tempat kita disengat sampai ia melekat. Biarkan seketika dan biasanya bias tersebut akan disedut keluar oleh biji asam jawa tadi.

Namun jika disengat dengan teruk sekali dan di banyak tempat eloklah pergi melawat doktor agar dapat diubati.

Keadaan Emosi Selepas Bersalin (post partum)

Ini adalah Halaman Web Terbaik untuk info/tip/petua kesihatan Percuma!
Sila gunakan alamat http://www.petua-kesihatan.blogspot.com/ untuk memberitahu mengenai laman web ini kepada kawan-kawan anda.
Keadaan ini biasa berlaku dan yang lebih serius ialah keadaan ‘post-partum’ depression. Antara punca yang dikaji oleh pakar ialah perubahan hormon yang mendadak selepas melahirkan anak. Ia boleh mengubah ‘mood’ yang gembira kepada sedih dan ‘depressed’ atau tekanan perasaan. Adakalanya boleh sampai menyebabkan ibu-ibu ini menangis. Mungkin juga disebabkan kehilangan perasaan teruja keranan saat dinantikan iaitu kelahiran anak telah pun berakhir.

Ada juga pakar yang mengatakan kekurangan keyakinan diri mengisi peranan sebagai seorang ibu juga boleh menjadi faktor terjadinya kejadian ini. Kepayahan menjaga bayi yang baru lahir juga boleh menyebabkan keadaan ini berlaku.

Banyak juga faktor-faktor lain seperti stress (kewangan, fizikal, sosial, dsb.) Ada juga disebabkan faktor sejarah keluarga yang mengalami ‘mood disorder’ seperti tekanan perasaan, gemuruh dan ‘panic attack’.

Banyak buku-buku rujukan kesihatan yang menyatakan terdapat 4 keadaan emosi bergolak kepada diri para ibu ketika setahun selepas melahirkan anak. Ia adalah topik yang panjang tetapi boleh dikategorikan seperti berikut :

(Dalam bahasa Inggeris)
- Anxiety & Panic
- OCD (Obsessive Compulsive Disorder)
- Post Partum Depression
- Post Traumatic Stress Disorder


Yang paling serius ialah Post Partum Psychosis (hanya berlaku mungkin 1 di dalam 1000 ibu lepas bersalin).

Tip (sebagai bahan bacaan kita bersama)

- perkara pertama ialah sila rujuk kepada doktor pakar anda.
- Makan makanan yang berzat
- Bersenam selalu (berjalan dsb.)
- Rehat yang cukup
- Tidur yang sempurna
- Kaunseling – melibatkan seluruh ahli keluarga (kerana masalah ini akan melibatkan mereka juga)
- Terapi
- Bagi kes psikosis ada baiknya berjumpa dengan pakar psikiatri yang terdapat di negara ini. Janagan merasa rendah diri kerana di negara maju berjumpa dengan pakar ini adalah lumrah dan mereka adalah sebenarnya doktor yang terlatih dan mahir. Bergai jenis ubatan khusus juga telah dimajukan yang boleh membantu.

Petua Air Beras & Daun Pandan

a

Omega 3

Ini adalah Halaman Web Terbaik untuk info/tip/petua kesihatan Percuma!
Tidak semua lemak tidak baik untuk kita. Omega 3 adalah elok & dijumpai di dalam beberapa jenis ikan tertentu. Ia berfungsi mengawal darah beku dan tekanan darah.

Cerita yang sering kita dengari ialah para saintis suatu masa dahulu terpegun bila mendapati kaum Eskimo jarang mengalami masalah jantung. Rupa-rupanya mereka sering memakan ikan tertentu yang kaya dengan Omega 3.

Masalah jantung merupakan antara pembunuh penting di dunia. Ia berlaku biasanya apabila darah yang tersumbat terbentuk di dalam salur darah & menghalang perjalanan darah & oksigen ke jantung.

ü Omega 3 membantu dengan menurunkan tekanan darah dengan menghalang penghasilan sumber di dalam badan yang menyebabkan salur darah mengecil.

ü Ia juga menghalang platlet darah bergumpal sesama mereka.

ü Ia mengurangkan tahap ‘trigylcerides’, lemak yang berkait rapat dengan tahap kolesterol yang juga dikaitkan dengan masalah jantung.


Ikan yang mengandungi banyak sumber omega 3 ialah salmon, mackerel dan tuna. Namun sekarang kan sudah ada berbagai kapsul omega 3 yang dijual di pasaran. Pilihlah untuk kebaikan anda.

Terlecur Kulit

Ini adalah Halaman Web Terbaik untuk info/tip/petua kesihatan Percuma!
Para doktor ada menasihatkan bahawa biasanya kita boleh merawat sendiri kelecuran ‘first degree’ dan ‘second degree’. Namun kelecuran ‘third degree’ perlu rawatan segera dari doktor. Cara yang biasanya dinasihati para doktor untuk mengetahui jenis apakah kesan lecuran akibat terbakar tersebut :

Terbakar/melecur ‘First degree’ -
seperti terkena pancaran matahari (merah dan sakit)

Terbakar/melecur ‘ Second degree’ -
Seperti terkena pancaran matahari yang amat sangat atau terkena bahan panas di dapur dan terasa sakitnya.

Terbakar/melecur ‘Third degree’ -
Bewarna putih & creamy. Mungkin disebabkan bahan kimia, elektrik atau pendedahan berterusan dengan permukaan yang panas. Biasanya tidak sakit kerana sel-sel saraf telah pun musnah tetapi mesti dibawa berjumpa dengan doktor.

Tip Panduan

1. Jangan gunakan mentega, cuka ataupun madu untuk merawat luka kerana makanan yang diletakkan di atas kesan melecur tadi akan menyimpan haba lebih lama & menyebabkan kesan lecuran lebih teruk.

2. Tutupi luka setelah kurang panasnya & dicuci dengan membalutinya dengan kain kering & bersih (seeloknya ‘gauze pad’)

3. Biarkan gelembung kulit dengan sendirinya. Ia adalah ‘bandage’ asli terbaik. Jika pecah, cucinya dengan sabun & air dan kemudian letakkan sedikit krim antibiotic dan tutupkannya.

Thursday, April 5, 2007

Amalan Limau Nipis & Serbuk Teh

Para pembaca yang dihormati, ada petua mengatakan bahawa jika kita ambil air limau nipis akan mengurangkan penyakit darah tinggi. Pengambilannya mungkin lebih sesuai di waktu pagi dan petang sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Ada juga petua yang diamalkan orang untuk melembutkan tapak tangan iaitu dengan meramas serbuk teh yang telah digunakan (dalam keadaan basah). Jika diamalkan selalu maka tapak tangan akan menjadi lembut.

Masalah Tekanan Perasaan (Depression)

a

Amalan Petua Lidah Buaya & Telur Ayam Kampung

a

Masalah Perjalanan Darah

Para pembaca yang dihormati, 3 faktor utama yang mengakibatkan masalah perjalanan darah ialah merokok, tekanan darah tinggi dan kandungan kolesterol tinggi. Obesiti boleh membawa kepada 2 faktor terakhir tadi.

Semakin kita meningkat umur, golongan bukan ‘obese’ pun ada kemungkinan menghadapi risiko ini. Namun diet yang berkesan mampu mengurangkan risiko ini.
Banyak kajian oleh pakar telah menunjukkan bahawa lemak atau ‘fats’ yang diambil berlebihan akan membawa kepada masalah ini. Lemak tepu atau ‘saturated fats’ terdapat di dalam cheese, butter, ice cream, cokelat dan faktor utama kepada ‘obese’ ialah mengambil gula berlebihan.

Lemak dari ‘oily fish’ seperti sardine, herring, tuna, trout, dan salmon mungkin boleh menghalang ‘blood clots’. Terdapat kajian mengatakan bawang merah dan putih dan chillies boleh bertindak mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol.

Makanan yang digalakkan:
Oily fish
Cereal, roti dan pasta
Buah-buahan dan sayuran
Bawang merah dan putih

Vitamin E dikatakan dapat membantu perjalanan darah yang lancar seperti yang terdapat di dalam ‘avocado’ dan ‘wheat germ’.

Buah-buahan (Sumber Penting Untuk Vitamin)

a

Masalah Insomnia (Kesukaran Tidur)

a

Makanan Penyebab Kanser

a